Arancini: Bebola Nasi Ala Itali

Arancini: Bebola Nasi Ala Itali

Bahan-bahannya:

• 4 cawan air
• 2 cawan beras
• 2 sudu besar mentega
• 1 sudu teh garam
• 1/2 sudu teh lada hitam
• 5 biji telur, pukul gebu2
• 1/3 cawan keju Parmesan disagat 
• Secawan ayam dipotong dadu (kasi halus potongan dia ye)
• Secawan kacang pea
• Secawan jagung 
• 2 sudu teh serbuk parsley
• 1-3/4 cawan serbuk roti (kasi ubuh perasa siap2 ye)
• Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya

• Campurkan beras, air, mentega, dan garam di dalam periuk memasak nasi. Tanak nasi, setelah nasi hamper masak masukkan kacang peas dan jagung. Apabila masak, tutup pembekal haba dan tunggu sehingga nasi menjadi suam.
• Di dalam mangkuk (akak guna besen je dik) yang besar, campurkan telur, keju, ayam, serbuk daun parsley, dan nasi sehingga sebati. Masukkan lada hitam sebagai penambah rasa. Adjust bagi sesuai tekak masing2 ye. Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang setengah jam.
• Bentukkan campuran nasi seperti bebola, celup ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti. 
• Goreng bebola nasi anda sehingga keperang-perangan. Hidang bersama sos pilihan anda. Kalau nak makan macam tu je pun boleh.

#berasCapUdang
#NinaMaju
#SihatLazatBerzat
#BerasMalaysia
#MyBeras
#CapUdangResepi

No Comments

Post A Comment

Call Now Button