Bubur Ayam Untuk Si Manja

Bubur Ayam Untuk Si Manja

Bahan-bahannya:

• 1 1/2 Cawan Beras
• 1 inci halia (dihiris halus)
• Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
• Sedikit isi ayam (dipotong-potong kecil)
• Air Secukupnya
 
Bagi Penyedap Rasa
• 1 biji lada merah
• Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
• Bawang goreng
• Ikan bilis goreng
• Sedikit minyak bijan

Cara-cara :

1. Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi, dan untuk ‘kuah’ bubur. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.

2. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk memasak nasi.

3. Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

4. Selepas bubur masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam.

5. Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur.
Siap.

6. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan.

SELAMAT MENCUBA!

Sedikit tips :

* 1 1/2 cawan beras ni dapat 1 periuk (banyak tu…). Bagi yang nak cuba masak sedikit dahulu boleh la masak dalam 1/2 – 1 cawan sahaja.
* Rendamkan beras dengan air terlebih dahulu (dalam 30 min-1jam), selepas itu tumbuk sedikit (separa hancur) supaya beras cepat empuk, cepat lembik dan dapat tekstur bubur yang halus sedikit.

Jom join kominiti cap udang. Pelbagai resepi, tips memasak dan pelan gaya hidup sihat akan kami kongsikan bersama anda. Jangan ketinggalan ye.

#berasCapUdang
#NinaMaju
#SihatLazatBerzat
#BerasMalaysia
#MyBeras
#CapUdangResepi

No Comments

Post A Comment

Call Now Button