Nasi Ayam Hainan MyBeras

Nasi Ayam Hainan MyBeras

Bahan Bahannya

Untuk nasi ayam
• 3 sudu besar salted butter
• 4 ulas bawang putih, dicincang
• 3 cawan beras putih dari Beras Cap Udang, dibasuh dan dibuang air
• Sup pati ayam, hasil dari merebus ayam

Untuk ayam
• 1.5kg ayam bulat segar (lebih kurang 1 ekor ayam)
• 1 sudu besar garam
• Air
• 4-5 potongan halia 2”, dihiris kepingan nipis
• 5 batang daun bawang
• 1 bungkus ais (ini untuk magic trick)

Sos Cili Sedap Lazat
• 6 biji cili hidup merah
• 3” kerat halia
• 3 ulas bawang putih
• ½ sudu kecil minyak bijan
• 1 sudu kecil garam
• 1 biji limau nipis, diperah dan diambil jusnya sahaja
• 1 sudu kecil cuka putih
• 3 sudu besar sup pati ayam dari ayam yang direbus

Sos Kicap Pekat Manis
• 1/3 cawan air
• 3 sudu besar gula pasir
• 1/3 cawan kicap pekat

Sos Halia Kakak Sayang
• 4” kerat halia, dipotong kasar
• 1 ulas bawang putih
• 3 sudu besar minyak sayuran
• 1/3 sudu kecil garam

#berasCapUdang
#NinaMaju
#SihatLazatBerzat
#BerasMalaysia
#MyBeras
#CapUdangResepi

Cara-caranya

Nasi Awesome
1. Masukkan satu sudu mentega ke dalam kuali panas. Kacau selama 1 1/2 minit pada suhu sederhana panas sehingga mentega menjadi cair.
4. Tambah bawang putih dan goreng sampai naik bau. Pastikan jangan garing ye.
5. Masukkan beras yang belum dimasak ke dalam kuali. Kacau selama 2 1/2 minit secara berterusan.
6. Padamkan dapur. Masukkan beras yang baru digoreng dengan menteg dan bawang putih tadi ke dalam periuk nasi untuk dimasak.
7. Biasanya kita guna air biasa sahaja, tetapi untuk nasi ayam, nasi perlu dimasak dengan sup pati ayam. Gunakan 3 cawan sup pati ayam (sebagai pengganti air) untuk memasak 3 cawan beras. Tambahkan 2 sudu salted butter, kacau sedikit, tutup periuk nasi dan masak seperti biasa.

Ayam Sedap Terangkat
1. Cuci ayam sebersih-bersihnya. Jangan pakai sabun tau.
2. Masukkan ayam yang sudah dibasuh ke dalam periuk yang besar. Pastikan ayam anda terendam sepenuhnya.
3. Keluarkan ayam dan letak di atas pinggan. Gunakan tuala kertas untuk lap kering.
4. Sapukan garam pada keseluruhan permukaan luar/kulit ayam.
5. Masukkan halia dan daun bawang ke dalam periuk yang sama dan masak sehingga air mendidih pada suhu api yang tinggi.
6. Bilas ayam dengan air mengalir untuk menghilangkan garam. Masukkan ayam dengan hati-hati ke dalam air yang mendidih. Pastikan semuanya terendam elok.
7. Biarkan air mendidih semula. Angkat ayam dengan berhati-hati untuk keluarkan air di dalam rongga ayam. Masukkan ayam semula. Biar air mendidih sekali lagi.
8. Tutup periuk dengan tudung dan padamkan api. Biar periuk ditutup selama 45 minit. Ni jangan main agak-agak je.guna timer atau handphone untuk mengetahui masa.
9. Bila sudah hampir 45 minit, sediakan periuk besar yang dipenuhi air sejuk dan ais.
10. Bila ayam sudah masak, angkat dengan perlahan-lahan dan tuangkan air dari bahagian rongga ke dalam periuk panas. Masukkan ayam ke dalam ais. Berhati-hati dan pastikan kulit ayam tidak rosak. Biar selama 15 minit untuk sejukkan ayam. Ini akan hentikan proses memasak dan memastikan ayam yang juicy.
11. Buang air dan ais. Tutup periuk dengan balut plastik sehingga sampai masa untuk ayam dipotong dan dihidang.

Sos Cili Pedas Memikat
1. Satukan cili, halia, bawang putih, dan kisar hingga sebati.
2. Masukkan minyak bijan, garam, jus limau nipis serta cuka ke dalam blender atau pengisar makanan dan kisar sehingga sebati. Pastikan texturenya masih kasar. Ngam-ngam soi jelah.
3. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk kecil. Masukkan sup pati ayam sesudu demi sesudu, dan gaulkan selepas setiap sudu. Bila dah ala2 sedap pekatnya bolehlah berhenti.

Sos Kicap Si Hitam manis
1. Panaskan air dan gula dalam periuk kecil pada suhu sederhana panas. Kacau secara berterusan sehingga gula cair dan sebati.
2. Tambahkan kicap dan kacau.
Sos halia kakak sayang
1. Kisar halia dan bawang putih sehingga menjadi pes yang halus.
2. Dengan api yang sederhana kecil, panaskan minyak dalam periuk kecil tumiskan pes sehingga naik wanginya. Bila dah lightly caramelized seperti bakj kata omputih, tambahkan garam, gaul seketika dan masukkan dalam mangkuk hidang.

Sekarang… semuanya sudah sedia untuk dimakan. Tapi igat suku2 separuh. Suku portion nasi, suku portion ayam dan separuh ulam2an. Sedapnya!!!!

No Comments

Post A Comment

Call Now Button