Onigiri Beras Perang

Onigiri Beras Perang

Bahan Bahannya

1. 2 cawan beras perang
2. 1 sudu kecil campuran madu dan lemon
3. 1 sudu kecil cuka beras (kalu tak jumpa ada tanda halal tak payah letak, tambah satu sudu kecil campuran madu dan lemon)
4. Secubit garam
5. 2 sudu besar bijan disangan (Pilihan anda)
6. Kepingan rumpai laut (Layurkan supaya x keras)
7. Inti pilihan anda (akak guna tuna pedas dalam tin je yang beli kat supermarket tu)

#berasCapUdang
#NinaMaju
#SihatLazatBerzat
#BerasMalaysia
#MyBeras
#CapUdangResepi

Cara-caranya

1. Masak brown rice di dalam periuk nasi. Make sure lebihkan sikit air, kita nak dia lembut2 gitu. Tapi jagan lembik ala2 bubur pulak, macam mana gaya nak mengepalnya nantikan?
2. Masukkan campuran madu dan lemon dan cuka ke dalam nasi yang masih panas. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bijan dan kacau lagi.
4. Bila nasi dah sejuk, bolehlah bentuk2kan. Letak inti pilihan korang di tengah2 kepalan nasi. Kepal kuat-kuat ye. Kasi ketat melekat.
5. Kemudian, letakkan seeweed yang dah dipotong ikut saiz yang dikehendaki.
6. Langkah last sekali, makan beramai ramailah!!!!

P/s: Kalau nak tahan lama simpan je dalam bekas bertutup dan dalam peti ais. Pastikan dalam bekas bertutup tau. Kalau tak kering kontang onigiri korang.

No Comments

Post A Comment

Call Now Button