Nasi Goreng “ABC”
Oktober 3, 2023Pulut Manga Utara
Oktober 5, 2023Masa Persiapan
40 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
4 - 5 orang
Resipi
Resipi biryani ayam yang simple menggunakan Beras Basmati Cap Udang Sella. Masak guna rice cooker pun boleh 🙋♀️
Cara Memasak
- Bilas beras dengan air , toskan air dan letakkan kedalam bekas.
- Perapkan ayam dengan pes bawang putih dan halia, serbuh rempah biryani, garam masala, kunyit, dan garam selama 20 minit.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Apabila minyak dah panas masukkan rempah empat sekawan, daun salam dan kawau sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah dan kacau sehingga bawang kekuningan.
- Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi dan kacau sebati. Perlahankan api dan tutup periuk. Apabila ayam dan masak tutup api dan masukkan yogurt, cili hijau, serbuk perasa dan tambah garam jika perlu.
- Sekarang tuangkan ayam berempah ini kedalam rice cooker menjadi satu lapisan. Kemudian tuangkan beras keatas lapisan ini dan masukkan air mengikut sukatan beras macam biasa dan tambah garam. Air kena masin sediikit kerana akan diserap oleh beras.
- Setkan rice cooker ke "Cooking" mode dan tunggu nasi masak macam biasa. Apabila dah masak jangan buka penutup serta merta. Biarkan selama 5 - 10 minit dan kemudian gemburkan nasi perlahan lahan untuk pastikan nasi dan betul-betul masak. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas. Selamat mencuba!
Video
Bahan-bahan
- 4 cawan Beras Basmati Cap Udang Sella
- 4 - 5 Ketul Ayam
- 2 Sudu Besar Rempah Biryani (Boleh buat sendiri, blend sampai serbuk halus bahan-bahan ini: kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, biji pala kering, biji ketumbar, daun salam, jintan manis dan jintan putih, goreng kering dahulu sebelum blend)
- 1 Sudu Teh Garam Masala
- 1 Sudu Teh Kunyit
- 2 Helai Daun Salam
- Satu Set Rempah 4 Sekawan (2 Kulit Kayu Manis, 6 biji buah pelaga, 7 biji cengkih dan 2 biji bunga lawang)
- 4 biji bawang merah di hiris
- 2 Sudu Besar Pes Bawang Putih dan Halia
- 1 Sudu Teh Serbuh Persasa
- 3 Sudu Besar Yogurt Asli
- 3 Sudu Besar Minyak Sapi
- 3 Sudu Teh Garam (secukup rasa)
- 3 Sudu Teh Garam (secukup rasa)