Biryani Ayam Hyderabadi
November 22, 2023Nasi Impit Dengan Kuah Kacang
November 26, 2023Masa Persiapan
40 minit
Masa Masakan
40 minit
Hidangan
4 orang
Maklumat Menu
Nasi Lemak adalah makan tradisi dan kegemaran setiap warga Malaysia. Jom cuba resipi nasi lemak sambal tumis telur rebus ini.
Cara Memasak Nasi Lemak
- Basuh beras dan toskan air dan letak tepi.
- Panaskan minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan, bawang merah, halia, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
- Masukkan beras dan kacau sebentar. Masukkan santan dan garam dan kacau sebati.
- Masukkan bahan-bahan yang di tumis tadi bersama beras kedalam rice cooker. Tambahkan air sehingga paras biasa memasak nasi.
Cara Memasak Sambal Tumis Telur Rebus
- Rebus telur selama 10 minit, dan sejukkan sebelum di kupas.
- Rebus cili kering dan toskan air. Kemudian masukkan kedalam blender bersama bahan kisar halus. Kisar sehingga menjadi pes.
- Panaskan minyak masak dan goreng telur rebus sehingga keperangan. Angkat dan letak tepi.
- Tumiskan bawang putih sehingga lembut dan masukkan bahan kisar tadi. Tumis selama 3 minit. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula melaka dan air asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan air, serbuk perasa, garam dan telur rebus. Gaul dan masak selama 1 minit.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi lemak!
Selamat mencuba!
Bahan-bahan Nasi Lemak
- 3 cawan beras wangi
- Rempah 4 sekawan: 1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga, 4 biji cengkih, 1 biji bunga lawang
- 2 inci halia di hiris halus
- 1 batang serai diketuk
- 1 helai daun pandan diikat simpul
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh garam
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1/2 cawan santan
- Air sukatan masak nasi
Bahan-bahan Sambal Tumis Telur Rebus
- Bahan kisar halus : 5 ulas bawang putih, 5 biji bawang kecil, 1 biji bawang besar
- 2 senduk minyak masak
- 6 biji telur gred A
- 2 biji bawang besar dihiris
- 20 biji cili kering
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar air asam jawa
- 1 sudu besar gula melaka
- 1 sudu teh garam halus (secukup rasa)
- 1/2 sudu teh penambah rasa
- 1 sudu besar cuka
- 1/2 cawan air