Nasi Impit Dengan Kuah Kacang
November 26, 2023Masa Persiapan
40 minit
Masa Masakan
40 minit
Hidangan
4 orang
Maklumat Menu
Nasi Ayam Hainan adalah makanan orang Hainan negara China yang popular di Malaysia dan Singapura.
Cara Memasak Nasi Ayam
- Cincang halus bawang putih dan hiris nipis halia.
- Cairkan butter di dalam periuk nasi dan tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan beras dan daun pandan. Goreng sekejap
- Masukkan sup ayam, minyak bijan dan garam.
- Tunggu nasi sehingga masak seperti biasa.
Cara Memasak Sup Ayam Hainan
- Potongkan bawang holland kepada4 bahagian dan hiris nipis bawang putih dan halia.
- Masukkan air ke dalam dalam periuk kemudian masukkan ayam, bawang holland, bawang putih dan halia.
- Rebuskan ayam sehingga masak.
- Masukkan daun pandan dan garam.
- Bila ayam dah masak, angkat dan rendam dalam ais.
Cara Memasak Sos Kicap
- Campur semua bahan di atas dalam periuk kecil
- Masak di atas api sehingga mendidih.
Cara Memasak Sambal Cili
- Kisar semua bahan di atas
- Masak atas api sampai mendidih.
- Jika mahu sos pekat, tambahkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.
Selamat mencuba!
Bahan-bahan Nasi Ayam
- 2 1/2 cawan beras wangi
- 1/2 cawan beras pulut
- 2 sudu besar butter
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- Daun pandan
- 1 sudu besar minyak bijan
- 4 cawan air sup ayam
- Garam
Bahan-bahan Sup Ayam Hainan
- 1 ekor ayam (potong empat)
- 1 biji bawang holland
- 1/2 labu bawang putih
- 5 ruas jari halia
- Daun pandan
- Garam
Bahan-bahan Sos Kicap
- 1 mangkuk sup ayam
- 9 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar minyak bijan
Bahan-bahan Sambal Cili
- 3 batang cili merah
- 5 batang cili padi merah
- 1 ruas jari halia
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar garam
- 1 sudu besar cuka makan
- Sedikit sup