
Nasi Goreng Kampung
November 20, 2023
Nasi Daun Pisang
November 20, 2023Masa Persiapan
15 minit
Masa Masakan
15 minit
Hidangan
2 orang
Description
Resipi Nasi Goreng Stir Fry atau Nasi Goreng Cina yang sama macam restoran Cina 5 bintang 😋

Cara Memasak
- Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak.
- Bila minyak dah panas masukkan telur bersama secubit garam dan goreng serta hancurkan. Angkat dan letak tepi.
- Dalam kuali yang sama tambah minyak masak dan masukkan udang bersama mixed vege dan kacau selama 2 minit.
- Masukkan nasi, telur yang digoreng tadi bersama mixed vege dan gaul sehingga sekata dengan api yang tinggi.
- Tuangkan kicap cair dan taburkan serbuk perasa kemudian gaul hingga sebati. Tutup api, masukkan nasi goreng ke dalam bekas dan taburkan daun bawang. Siap untuk dihidang!
Video

PM Mahsuri Beras Wangi
Bahan-bahan
- 1 mangkuk nasi sejuk (paling best kalau nasi beras wangi)
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 cawan mixed vege (carrot dan kacang hijau bulat)
- 2 biji telur ayam
- 6 ekor udang, isi sahaja
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu teh serbuk perasa
- Daun bawang dihiris halus
- 1 sudu besar minyak masak